Sejarah Koperasi

MADRASAH ISLAHIYAH, Kampung Kastam, Kuala Lumpur adalah tempat di mana Koperasi Kastam dilahirkan pada tahun 1979. Di halaman madarasah itu juga telah ditayangkan gambar mewar-warkan “Apa itu Koperasi” kepada Warga Kastam . Sebermulanya detik itu, Warga Kastam telah mula menghayati gerakan koperasi serta mengharapkan dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi sekeluarga demi masa depan yang penuh cabaran dan wajar ditangani dengan keyakinan.Kini, Koperasi Kastam berjaya menepati hala tuju masa depan sebagaimana harapannya yang telah menjadi satu kenyataan.Dalam usia menjangkau 30 tahun Koperasi Kastam telah mampu menunjukkan prestasi kewangan yang membanggakan walaupun pada suatu ketika ekonomi negara mengalami kegawatan. Koperasi Kastam telah berjaya menaikkan taraf sosio-ekonomi anggota- anggotanya.Kemudahan-kemudahan pinjaman yang disediakan telah berjaya mengurangkan bebanan kewangan anggota-anggotanya di samping menggalakkan penabungan dan amalan berjimat cermat. Segala kebajikan anggota serta keluarga diutamakan . Justeru itu, sukar dibayangkan pergerakkan awal hanya berasaskan modal terkumpul melalui yuran modal bulanan, Koperasi Kastam telah berjaya ke tahap ini.