Iklan Jawatan Kosong

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG

KOPERASI KASTAM MALAYSIA BERHAD
mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, berintegriti dan berminat untuk mengisi jawatan berikut:

EKSEKUTIF PENTADBIRAN & OPERASI

Taraf Jawatan: Kontrak / Tetap
Lokasi Pejabat: Dataran Glomac, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Gaji Ditawarkan:* RM 2,200 – RM 4,500
(Bergantung kepada pengalaman)


TANGGUNGJAWAB KERJA (Pengurusan Operasi):

* Menyelia dan menguruskan pendaftaran anggota baharu, caruman bulanan serta pengemaskinian buku daftar anggota.
* Memproses permohonan pembiayaan/pinjaman anggota mengikut Garis Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
* Menyediakan laporan bulanan untuk Mesyuarat Lembaga Koperasi serta membantu dalam persiapan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
* Menguruskan kewangan koperasi bagi urusan harian, bulanan dan tahunan untuk dilaporkan kepada Anggota Lembaga.
* Memastikan perjalanan koperasi mematuhi Undang-undang Kecil Koperasi dan Akta Koperasi 1993.


SYARAT KELAYAKAN:

Jantina & Umur:
* Lelaki
* Berumur antara 23 hingga 35 tahun (Warganegara Malaysia)

Pendidikan:
* Sekurang-kurangnya Diploma Perakaunan atau Pengurusan Awam
* Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan, Ekonomi atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan

Kemahiran:
* Mahir menggunakan Microsoft Office (Excel & Word), PowerPoint
* Pengetahuan dalam sistem perakaunan koperasi adalah satu kelebihan
* Mempunyai lesen memandu B2 dan D


KRITERIA TAMBAHAN:

* Mempunyai integriti yang tinggi
* Mampu bekerja dengan pengawasan minima
* Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik


CARA MEMOHON:

Calon yang berminat diminta menghantar resume lengkap (CV), salinan sijil akademik dan gambar terbaru ke emel:
📧 [ptd@kopkastam.org.my](mailto:ptd@kopkastam.org.my)

atau melalui permohonan rasmi kepada:

Setiausaha
Koperasi Kastam Malaysia Berhad
Blok J2-1 & J2-2, Jalan SS6/3
Dataran Glomac, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor


⏰ TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
🔔 20 FEBRUARI 2026

Posted in Buletin